Persetujuan
Sebelum Melakukan Transaksi
Demi untuk kebaikan bersama dan untuk menghindari kesalahfahaman
dalam ANDA mengikuti program kami, sebelum Anda Melakukan Proses Pembai’atan / Ijazah
dari ANUGERAH AGUNG SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE baik secara langsung atau
melalui online, silakan Anda membaca poin-poin persetujuan dibawah ini. Apabila
Anda memutuskan untuk memesan atau mendapatkan Ijazah dari website/Blog ini,
maka Anda dianggap telah setuju dengan semua pernyataan di bawah ini:
- Anda
mengunakan produk/layanan dari Anugerah Agung Spiritual Development Centre
jarak jauh atas keinginan Anda sendiri, atas dasar keperluan atau
kesenangan diri Anda sendiri.
- Sebagai
penyedia layanan Ilmu Haq, kami menjamin bahawa produk/layanan yang Anda
pesan akan sampai di alamat Anda dalam waktu antara 1-7 hari bergantung
jauh dekatnya alamat Anda dari alamat kami.
- Ketika Anda
memesan/mengikuti program/ijazah Ilmu Nur Muhammad atau mana-mana keilmuan
dalam website/Blog ini, bukan bererti Anda membeli ilmu, membeli hikmah
atau membeli berkah. Jangan menganggap ini sebagai jual-beli, kerana ilmu,
hikmah dan berkah dari Allah SWT tidak mungkin boleh diniagakan/dijual-belikan.
Dan Anda jangan berharap, dengan membayar sejumlah wang, maka Anda
langsung mendapatkan ilmu secara instant/segera, kerana dalam mendapatkan
khasiat/manfaat dari program yang kami sediakan, perlu proses
sebagaimana mempelajari lmu-ilmu yang lain.
- Kami sebagai penyedia layanan Ilmu
Nur Muhammad hanya berperanan sebagai Guru Pembimbing atau mentor Anda
dalam belajar, dan kesuksesan Anda dalam belajar bergantung pada
keseriusan Anda dalam menjalankan amalan dan tentu tidak lepas dari rahmat
dari Allah SWT.
- Yuran Kursus / Mahar /Fidyah yang kami
tentukan jangan sekali-kali dianggap bahawa kami menilai ilmu dengan wang/harta/material.
Namun anggaplah sebagai perbelanjaan pendaftaran yang
sewajarnya. Sebagaimana ketika Anda mengikuti kursus komputer atau belajar
di institusi pengajian Tinggi , Anda diharuskan membayar sejumlah wang
untuk kelancaran proses belajar. Membayar wang untuk yuran kursus bukan
bererti Anda membeli ilmu. Kerana ilmu harus Anda pelajari dan harus Anda
amalkan sendiri agar dapat menyatu dengan diri Anda.
- Bayarkan
mahar dengan ikhlas sepenuh hati kerana Anda menghargai waktu dan
usaha orang lain yang telah membantu Anda dalam belajar. Keikhlasan sangat
penting, kerana apabila Anda masih berfikir dengan prinsip jual-beli, maka
Anda akan sulit mendapatkan kesuksesan dalam memetik buah manisnnya.
- Semua
amalan yang kami ijazahkan hanya boleh digunakan untuk tujuan
kebaikan.Prinsipnya untuk kebaikan adalah tidak merugikan diri sendiri,
tidak merugikan orang lain dan tidak merugikan alam. Apabila
disalahgunakan biasanya akan terjadi kesialan dalam hidup Anda. Kesialan
itu adalah peringatan yang diberikan Allah kerana Allah sayang kepada
Anda. Apabila Anda sedar akan kesilapan Anda dan kembali bertaubat, maka
keberkahan akan kembali lagi kepada Anda.
- Mahar
atau yuran kursus yang Anda bayarkan adalah sekadar untuk mengganti
jerih payah kami, bukan untuk membeli berkah atau manfaat ilmu membuka
kekuatan batin yang bersifat ghaib.
- Ketika
Anda memesan atau melakukan proses ijazah dari Blog ini, kami menganggap
Anda sudah memahami penjelasan-penjelasan mengenai layanan yang Anda
pesan. Oleh kerana itu, sebelum memesan satu atau beberapa program Ilmu Haq,
kami sangat menyarankan Anda membaca dengan cermat keterangan mengenai
Ilmu Nur Muhammad yang Anda pesan, juga pada halaman
depan web/blog ini.
- Apabila
masih ada fikiran untuk membeli, maka yang Anda bayar sesungguhnya adalah
hanya wujud fizik bahan kursus ilmu membuka kekuatan batin (yang Anda beli
tidak lebih dari apa yang Anda terima atau yang kami kirimkan ke alamat
Anda, Anda tidak akan mendapatkan keberkahan sebagaimana yang kami
terangkan). Kerana manusia hanya mampu berusaha dan Allah-lah yang memberikan
kita ilmu. Begitu juga jika yang Anda pesan berupa produk, maka mahar yang
Anda keluarkan merupakan sumbangan atau sedekah sewajarnya kepada kami
yang telah membantu Anda merealisasikan keinginan Anda. Wang yang Anda
keluarkan bukanlah membeli benda yang berkekuatan supernatural, jika Anda
menganggapnya jual beli, maka yang Anda dapatkan adalah hanya wujud benda
itu sendiri. Islam tidak membenarkan adanya jual-beli sesuatu yang ghaib.
- Sebagaimana
sekolah atau tempat kursus pada umumnya, kami pastinya memberikan usaha
terbaik kami dalam mengajarkan Ilmu Haq kepada para murid (peserta
kursus). Sedangkan peserta kursus (Anda) diharapkan mengikuti kursus
sebaik mungkin dengan cara mengamalkan apa yang diajarkan. Seperti yang
Anda ketahui bahawa di dunia ini tidak ada sekolah, universiti atau tempat
kursus yang menjamin semua murid pasti bijaksana dan sukses. Maka, kami
sebagai pembimbing kursus Ilmu Haq pun tidak berani menjamin setiap
peserta kursus pastinya sukses dalam menguasai merasakan hasil dari Ilmu dalam
program yang ditawarkan ini. Kerana diantara para murid, kadang ada yang
tidak tekun dan tidak istiqomah dalam menjalankan amalan, sehingga
menghambat keberhasilan. Namun, menurut pengalaman kami, selama Anda mahu
mengamalkan apa yang kami ajarkan dengan istiqomah, maka insya Allah
segala Ilmu Haq akan berhasil Anda kuasai dengan sempurna.Ilmu dalam
program ini hanya sesuai untuk murid yang benar-benar taat,rajin
beribadah,menyukai berwirid,sabar ikhlas dan yakin serta berbakti kepada
Gurunya.
- Demi
kesuksesan Anda dalam mendapatkan berkah dalam setiap usaha, Anda haruslah
menyeimbangkan antara usaha lahir dan batin. Kami meyakini, formula sukses
adalah 50% usaha lahir (usaha nyata) dan 50% usaha batin (usaha
spiritual). Ilmu Haq Makrifatullah merupakan usaha batin yang harus Anda
lengkapi dengan usaha nyata.
- Ilmu
Haq adalah sarana usaha batin sebagai pelengkap usaha lahir yang Anda
lakukan. Prinsipnya, manusia berusaha, Allah yang menentukan hasilnya.
Berdasarkan pengalaman kami, dari laporan para murid yang Melakukan Proses
Ijazah dengan penuh keseriusan, tingkat keberhasilan dalam mengamalkan haq
adalah sangat tinggi.
- Setiap
pemesanan kursus Ilmu Haq jarak Jauh Anda akan mendapatkan Panduan Ilmu Haq
Tertulis dan barang pengisian (jika diperlukan) yang berfungsi sebagai
sarana penurunan ilmu jarak jauh. Selain itu, Anda juga mendapatkan
fasiliti konsultasi seumur hidup dengan MahaGuru Ilmu HAq, Iaitu Tuan Guru
Mohamad Rizal Bin Rosdi. Anda boleh berkonsultasi dengan MahaGuru
Rizal mengenai Ilmu Haq Makrifat, melalui media WhatSapp,facetime,email,SMS,telegram,facebook
atau menghubungi via telefon secara langsung.
- Manfaat
Ilmu Haq yang kami sebutkan di website ini adalah berdasarkan penuturan
para guru Ilmu Hakikat Makrifat, berdasarkan pengalaman kami, dan
berdasarkan pengakuan mereka yang mengamalkan Ilmu. Mungkin ada
perbezaan pengalaman dalam melakukan amalan yang sama, kerana setiap
manusia adalah unik.
Semoga kita selalu dalam lindunganNya, Aamiin!!