“ILMU PEMBANGKITAN NUR MUHAMMAD”
“Dari Nur Muhammad semua Alam
terjadi pada setiap tingkatannya.Seperti alam Malakut,Alam Arwah,Alam
Mitsal,dan Alam Ajsam. Di dalam Nur Muhammad itulah terhimpun segala
kesempurnaan ilmu dan Amal,yang terdapat pada diri para Nabi semenjak Nabi Adam
AS. Hingga Nabi Muhammad SAW,sampai Wali-wali dan para Insan Kamil lainnya.
Nur Muhammad berasal dari Nur Dzat
Allah SWT. Nabi Muhammad SAW memang mendapat kedudukan Istimewa dalam hal
ini,hakikat diri Baginda iaitu NUR atau Cahaya Baginda adalah Tajalli Tuhan,dan
sebagai Sumber dari semua proses Penciptaan alam semesta. Maka,Alam Semesta
Raya ini jika digulung dan dijadikan Satu
akan menjadi Sosok NUR(Cahaya)yakni “NUR MUHAMMAD”.
Menurut Syekh Abdul Qodir Al-Jailani disebut dengan
sebutan Roh Muhammad yang diciptakan dari cahaya ketuhanan ( Nurun ala nurin )
Nur Muhammad merupakan realiti ghaib yang
menjadi inti segala penciptaan. Oleh kerananya ia disebut Nur, Roh, Qalam ( tercipta dari
perkataan kun ) ini merupakan suatu realiti yang memiliki
banyak nama menurut fungsi dari mana dan sudut mana kita memandang.
Dalam dunia Sufi disebutkan bahawa Nur Muhammad itulah asal segala kejadian, mereka
berpendapat bahawa yang pertama : Nabi Muhammad SAW itu terjadi dua rupa iaitu rupa yang
Qodim dan rupa yang Azali. Dia telah terjadi sebelum terjadinya seluruh yang
ada dari padanya disauk dari seluruh ilmu dan irfan.
Kedua : Ialah rupanya yang sebaai manusia, sebagai
seorang Rasul dan Nabi yang diutus oleh Allah
SWT, rupa yang
sebagai manusia itu menempuh maut, tetapi rupa yang Qodim tetap ada meliputi
alam, maka dari Nur rupanya yang Qodim itulah diambil segala Nur untuk
menciptakan segala Nabi dan Rasul serta Auliya.
Dalam sebuah Hadist Rasulullah Saw bersabda :
“ Ana min nurullaahi, wa khalaq kuluhum min nuuri ”
Aku berasal dari cahaya Allah dan seluruh dunia berasal dari cahayaku.”
Tetapi kosmos atau alam adalah kegelapan sebab dalam
dirinya sendiri alam sebenarnya tidak ada. Dalam kegelapan tidak akan terlihat
apa-apa. Kerananya agar
sesuatu segala sesuatu muncul dalam eksistensi ini diperlukanlah cahaya,
melalui cahaya inilah Dia memahami dan difahami
sekaligus. Inilah manifestasi pertama dari perbendaharaan tersembunyi, yakni
Nur Muhammad.
Jadi yang pertama diciptakan adalah Nur Muhammad yang
berasal dari cahayaku. Nur Muhammad adalah sebentuk pembatasan ( Ta’ayyun )
atas Keberadaan Absolut dan bahagian ini
tidaklah diciptakan, tetapi sifat dari pencipta. kerana fungsinya sebagai prototipe
aturan tata semesta dalam keadaan global, maka Nur Muhammad adalah wadah
tajallinya yang sempurna dan sekaligus kecerdasan impersonal yang mengatur
tatanan kosmos.
Nur Muhammad adalah semacam wadah yang senantiasa dialiri
oleh cahaya pengetahuan ilahiah, yang dengan pengetahuan itulah alam semesta
ditata. Inilah misteri dari doa
Nabi yang
termasyhur, “ Ya Allah tambahkan ilmu pengetahuan kepadaku.” Sebagai kecerdasan
impersonal, yang menjadi dasar tatanan semesta, sudah barang tentu pengetahuan
yang diterimanya tak pernah berhenti terus bertambah hingga akhir
zaman.
Dari Abdurrozak Ra yang diterima oleh Jabir Ra, Jabir
pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Ya Rasulullah
beritahukanlah kepadaku apa yang mula-mula sekali Allah SWT jadikan. Maka Rasulullah SAW menjawab : “ Sesungguhnya Allah ciptakan sebelum
adanya sesuatu adalah Nur Nabimu daripada Nurnya “
Dari Hadist dan riwayat diatas jelaslah bahawa kejadian dari Nur Muhammad adalah dari pada Nur
Dzatnya dan Alah berikan nama dengan NurNya sebagaimana
tercantum dalam Firman Allah SWT : “
Laqod ja’akum minallahi nurun “ Artinya : Sungguh telah Allah
datangkan untuk kamu Nur daripada Allah ” iaitu Nur
Muhammad SAW.
Adapun yang mula-mula dijadikan oleh Allah adalah Nur
Muhammad SAW yang kemudiannya dari Nur Muhammad
inilah Allah jadikan roh dan jasad alam semesta. Dari Nur Muhammad inilah maka
sekalian roh dan roh manusia diciptakan Allah sedangkan jasad manusia
diciptakan mengikut kepada dan dari jasad Nabi Adam As.
Oleh kerana itu Nabi Muhammad SAW adalah nenek
moyang Roh sedangkan Nabi Adam AS adalah nenek
moyang Jasad.dan hakikat dari penciptaan Adam AS sendiri adalah
berasal dari tanah ( Nur Turab ), tanah berasal dari air, air
berasal dari angin, angin berasal dari api, dan api itu sendiri berasal dari
Nur Muhammad.
Sehingga pada prinsipnya roh manusia diciptakan berasal
dari Nur Muhammad dan jasad atau tubuh manusia pun hakikatnya berasal dari Nur
Muhammad.Jadilah kemudian cahaya di atas
cahaya, dimana roh yang mengandung Nur Muhammad ditiupkan kepada jasad yang
juga mengandung Nur Muhammad.
Kemudian bertemu dan meleburlah kemudian roh dan jasad
yang berisikan Nur Muhammad ke dalam hakikat Nur Muhammad bersumber pada satu
wujud dan nama yang sama maka roh dan jasad tersebut haruslah disatukan dengan
mesra menuju kepada pengenalan yang maha mutlak, Zat Wajibul Wujud yang memberi
cahaya kepada langit dan bumi dan barang diantara keduanya.
Sebagaimana mesranya hubungan antara air dan tumbuhan
dimana ada air disitu ada tumbuhan dan dengan airlah segala makhluk dihidupkan. Nur
Muhammad atau Hakikat Muhamadiyah itu Qodim kerana dia sebahagian dari
Ahadiyat atau sebahagian yang satu, dia tetap ada
Hakikat Muhammadiyah itulah yang memenuhi tubuh adam dan tubuh Muhammad dan
apabila Muhammad telah mati sebagai tubuh, namun Nur Muhammad tetaplah ada jadi
Allah, Adam Muhammad adalah satu juga pada hakikatnya.
Nur Muhammad adalah sumber segala yang berwujud dan
dialah yang awal dan akhir serta menjadi hakikat alam semesta. Allah SWT menciptakan segala ruh dari ruhnya. Dan
Allah turunkan Nur itu dari tempat asal kejadiannya, iaitu Alam Lahut ( Alam Ketuhanan) ke Alam Asma Allah (
nama-nama iaitu alam penciptaan sifat-sifat
Allah atau alam akal ruh semesta ).
Dari alam Asma Allah ruh-ruh itu turun ke alam Malakut
kemudian diturunkan ke alam kebendaan atau Ajsam yang terjadi dari unsur
api, air, angin, udara dan tanah.Maka ruh itu dibentuk dengan diberi
badan yang terjadi dari
darah, daging,tulang, urat dan
sebagainya.
Tubuh manusia mengandungi tiga unsur, yakni jasad, hati
dan roh, di dalam roh terdapat hakikat, di dalam hakikat tersimpan rahsia,rahsia
itulah yang dinamakan makrifah Allah, didalam makrifah ada Dzat yang tidak menyerupai
sesuatu pun. Dan rahsia atau makrifat Allah dinamakan Insan Kamil. Insan
Kamil dijadikan dari Nur yang melimpah dari Dzat Haqq Ta’ala.
Pengetahuan akan hakikat Nur Muhammad inilah maqam yang
terakhir dari pencarian akan makrifah kepada Allah dan pengenalan akan Nur
Muhammad inilah yang menjadi kesempurnaan ilmu atau ilmu yang sempurna Allah
menciptakan Nur Muhammad atau al-haqiqat Al-Muhammadiyyah ( Hakikat Muhammad )
sebelum menciptakan segala sesuatu. Nur Muhammad disebut sebagai pangkal atau
asas dari ciptaan.
Dalam Hadis Qudsi yang berbunyi “ lawlaka, lawlaka
maa khalaqtu al-aflaka ” Jika bukan kerana engkau, jika bukan kerana engkau wahai Muhammad , Aku tidak akan
menciptakan ufuk ( alam ) ini.” Allah ingin dikenal, tetapi pengenalan dirinya
pada dirinya sendiri menimbulkan pembatasan pertama ( Ta’ayyun Awal ).
Ketika Dia mengenal dirinya sebagai Sang Pencipta, maka Dia memerlukan ciptaan
agar Nama Al-Khaliq dapat direalisasikan, tanpa ciptaan Dia tidak dapat disebut sebagai Al-Khaliq, Dia tidak dapat disebut Ar-Rahman. Dengan perbendaharaan tersembunyi
dalam Dirinya itu rindu untuk dikenal, sehingga Dia menciptakan
Dunia, : “ Aku adalah perbendaharaan tersembunyi, Aku rindu
untuk dikenal, maka kuciptakan Dunia ”
Di dalam Nur Muhammad ini termuat al-a’yan Al-Mumkinah.
Entiti yang mungkin ini akan menjadi
aktual dalam bentuk alam empiris melalui perintah “ Kun ”. Tetapi tujuan
penciptaan belum tercapai hanya melalui alam, sebab alam bukan cermin yang
bening bagi Allah untuk mengenal Dirinya sendiri, di sinilah wajah Nur Muhammad
yang kedua berperanan, yakni sebagai hakikat kemanusiaan
( haqiqat Al-Muhammadiyyah atau Insan Kamil ).
Allah tidak secara langsung mengatur dunia sebab Dzatnya
adalah tanzih, tiada banding
secara mutlak,
Dia mengatur melalui Nur Muhammad. Jika Dzatnya turut campur dalam pengaturan
alam yang penuh pertentangan, maka kalimat Allahu Ahad menjadi tidak bererti. maka fungsi pengaturan berada dalam tahap wahidiyyah
ini,
Yakni tahap Haqiqat Al-Muhammadiyyah. Rububiyyah (
Penguasaan, Pemeliharaan) menimbulkan keperluan adanya hamba
dan sesuatu yang dipelihara ( Kosmos, Alam ), dan kerananya diperlukan penghambaan (Ubudiyyah). Haqiqat Al-Muhammadiyyah
mengalir dari nabi ke nabi sejak Adam sampai pada gilirannya akan terwujud
dalam peribadi Muhammad yang disebut Rasul dan hamba Muhammad abduhu Wa Rasullullah.
Jadi dapat disimpulkan bahawa Pertama :
Nur Muhammad daripada Nur Dzat adalah dalam erti qodim pada
hidrat/martabat wahdat yang nyata sedia secara “ mujmal “ ( menyeluruh ) Kedua
: Nur Muhammad adalah Nur Dzat dalam erti “ tafshili
“ ( terurai ) dalam suatu pada Hidrat Wahidiyah. Ketiga : Nur adalah Nur
salah satu asma Allah ( 99 nama yang indah ) diambil nama itu untuk Nabi kita kerana tidak lain daripadanya dalam erti hakiki.
Sehubungan dengan Dzat Allah SWT kata-kata Nur Muhammad atau Nur Dzat tidaklah diertikan dengan erti “ Cahaya “
kerana definisi
cahaya adalah sebagai akibat balik dari sesuatu dan mempunyai ketergantungan
dalam sesuatu itu.
Pengetahuan akan Nur Muhammad adalah suatu ajaran bahagian dari Ilmu Ketuhanan yang tersusun secara turun
temurun bait demi bait dalam pemahaman setiap penghayat makrifatullah yang pada
hakikatnya pengetahuan yang haq dan lurus sanadnya jika diamalkan oleh makhluk
Tuhan yang berpegang teguh yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah semata-mata.
Inti Nur Muhammad boleh dibangkitkan
dalam tubuh badan manusia, kerana dia adalah haq semua makhluk untuk mengenal,
merasakan, menghidupkan cahaya alam semesta untuk menambah ketekunan ibadahnya
kepada Allah.
Kekuatan inti Nur Muhammad
adalah suatu energi yang dititipkan Allah disetiap jasad dan jiwa manusia dan
makhluk lainnya maka dengan bangkitkannya energi tersebut maka dapat gunakan untuk
berbagai hajat dalam kehidupan.
Semua
alam semesta tercipta awal dari Nur Muhammad termasuk diri kita jadi pada hakikatnya tanpa dibangunkan kita ini adalah daripada Nur Muhammad juga kerana tidak mungkin bahkan tidak pernah terjadi pohon pisang berbuah nangka, kerana asal kita adalah Nur Muhammad pohonnya maka kita adalah buahnya iaitu Nur Muhammad juga asalnya secara hakikat. Walau dalam perjalanannya manusia tidaklah sama seperti pisang ada yang enak, ada yang berbiji, dll begitu pula dengan Nur Muhammad dalam diri seseorang maka tugas kita menjadikan Nur itu gemilang dan kemilau dengan cahayanya seperti para Waliyullah atau orang-orang yang dipilih Allah kerana cahaya ilmu keikhlasan, keimanan dan ketaqwaan juga cinta mereka.
Kalau
kita bukan Nur Muhammad asalnya maka ke manakah kita akan kembali setelah nafas ini tidak lagi diizinkan oleh Allah berhembus? Yang tinggal hanya sebujur jasad berbau bangkai biar pun sakti mandraguna, banyak ilmu, harta, berpangkat, selebriti sekalipun tetaplah sesosok jenazah yang menanti pengadilan akhirat untuk dipertanggung jawabkan atas semua perbuatannya selama di alam dunia.
Tanah akan kembali ke tanah, Air akan kembali ke air, Angin akan kembali ke angin dan Api akan kembali ke asalnya pula…sedangkan diri ini adalah dari/milik Allah (Nur Muhammad sebagai Bapaknya Ruh dan Nabi Adam AS adalah Bapak Jasad ) yang mana termaktub dalam Al-Quran dan tidak
asing lagi di telinga kita iaitu “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI’UN” ( SESUNGGUH KAMI MILIK ALLAH DAN SESUNGGUHNYA KAMI KEPADA ALLAH JUGA AKAN PULANG/KEMBALI) yang biasa kita dengar bila ada musibah atau saudara kita ada yang meninggal.
Apabila kita menyakini
diri kita berasal dari Nur Muhammad maka kita harus bersyahadat dan bersaksi bahawa kita adalah berasal darinya atau mengaku diri kita ini adalah Nur Muhammad kerana merasa buah pisang maka kita adalah berasal dari pohon pisang bukan dari pohon lain.
Nur muhammad adalah
hal terpenting yang selalu dibahas oleh para ahli makrifat dan bagaimana
caranya agar nur muhammad yang tertitiskan pada diri ini boleh dimanfaatkan kerana
nuktah nur muhammad adalah energi hidup paling besar dan paling murni di alam
raya ini, namun banyak yang tidak tahu bagaimana cara membangkitkan nur
muhammad / memancarkan nur muhammad pada diri sendiri, bila tidak mampu
membangkitkan nur muhammad setidaknya boleh
membangkit kan aura nur Muhammad
Terbangkitnya aura nur
muhammad ini sangatlah penting kerana aura nur Muhammad yang telah terbangkit
dan terpancar pada tubuh maka perubahan hidup akan terjadi secara drastik dan
mengejutkan, orang yang aura nur muhammadnya telah bangkit maka akan seperti
terlahir kembali namun disertai dengan hal hal ajaib yang merubah kehidupan
menjadi 180 derajah, selain itu orang yang telah terpancar aura nur muhammadnya
maka energi baru dalam kehidupan pun muncul pada diri orang tersebut, banyak
yang merasakan manfaat dari terpancarnya nur muhammad ditubuhnya membuat
hidupnya berubah 180 derajah lebih baik, muka terlihat bersinar oleh
terbangkitnya dan terpancarnya aura nur muhammad, kehidupan yang suram menjadi
lebih cerah, tak perlu waktu lama effect dari terpancarnya aura nur muhammad
ini membuat apa yang kita kehendaki selalu di kabulkan Rabb, hal hal duniawi
akan terasa indah kerana energi hidup dari aura nur muhammad terpancar, sihat
wal afiat, dicintai banyak orang, hilang kemiskinan, keluarga dan orang orang
sekitar yang berperilaku sangat menyayangi, bahkan orang yang terpancar aura
nur muhammadnya akan hairan dengan keadaan yang tiba tiba berubah menjadi 180
derajah lebih baik pada kehidupannya